TENTANG KAMI

KOMPLEKS FALAK
KOMPLEKS  FALAK AL-KHAWARIZMI

Kompleks Falak Al-Khawarizmi telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Disember 2007. Kompleks ini merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi mengkaji dan meneroka kejadian ilmu falak serta rahsia alam cakerawala. Jabatan Mufti Negeri Melaka telah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Melaka.

Terdapat tiga bangunan utama di dalam Kompleks Falak Al-Khawarizmi, iaitu:-

  • Balai Cerap
  • Planetarium
  • Pusat Latihan

Dengan terbinanya Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini, masyarakat akan dapat mempelajari Ilmu Falak dengan lebih mendalam lagi, Di samping itu, adalah diharapkan agar ilmu yang hampir dilupakan oleh generasi hari ini dapat dimartabatkan semula sebagaimana zaman kegemilangannya dahulu. Pengurusan Kompleks Falak Al Khawarizmi berhasrat untuk menjalin hubungan dengan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Mufti Negeri Melaka yang melibatkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam sektor pelancongan dan penginapan yang semestinya akan membantu Kerajaan Negeri Melaka untuk mengurangkan kos operasi dan menjana peningkatan pendapatan hasil kepada Kerajaan Negeri Melaka menerusi transaksi perniagaan dan pengurusan yang bakal kami realisasikan.

BALAI CERAP INI SESUAI UNTUK DIJADIKAN TEMPAT UNTUK

  • Kursus
  • Seminar
  • Mesyuarat
  • Kem Motivasi
  • Ceramah
  • Pakej Kursus / Seminar
  • Program Latihan

(Pakej seminar / kursus ada disediakan dengan harga yang berpatutan)

 

 

____________________________________________________

BERMINAT ? SILA HUBUNGI KAMI DI :

EMAIL :

tempahanpenginapan@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: